Friday, September 4, 2009

Mari Belajar Bahasa Dusun

Sebab apa perlu Belajar Bahasa Dusun? Sebab Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Untuk Ruangan ini, Kita Belajar Bahasa Dusun dari Sebelah Ranau dan Tambunan. Berikut merupakan contoh Perbualan.

Contoh Perbualan

Jeffrey : Isai gia ngaran nu?
Jeffrey : Siapa nama Awak?

Aminy : Ngaran ku nopo nga yi Aminy.
Aminy : Nama saya ialah Aminy.

Jeffrey: Aminy, Naka'akan kono pitangadau?
Jeffrey: Aminy, Awak Sudah Makan Tengahari?

Aminy : Au po.
Aminy : Belum lagi.

Jeffrey : Ano moi akan hilo Kadai.
Jeffrey : Mari Pergi makan di Kedai.

Aminy : Ba...
Aminy : Jom

Perkataan Baru

Pitangadau = Tengahari
Au = Belum
Miagal Nopo = Sama-sama
Makani = Makan
Hidonggo= Di mana
Ano= Mari/Jom pergi
Kadai= Kedai
Ngaran= Nama
Moi=Pergi
Isai=Siapa

Kategori : Perbualan